Sunday, July 26, 2009

Integriti Kakitangan Jabatan Agama

Kakitangan jabatan agama Islam mempunyai tanggungjawab berat di dalam memastikan kesucian Agama Islam tetap terpelihara mengikut lunas-lunas yang benar. Semestinya tanggungjawab ini terletak di atas batu kepala setiap manusia yakni hamba Allah. Namun sebagai seorang kakitangan yang bekerja di dalam pengkhususan bidang agama, mereka lebih terikat dan bertanggungjawab disebabkan mereka dibayar gaji untuk pekerjaan ini.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes tangkap khalwat sepasang artis sehingga menyebabkan rumahtangga artis lelaki ini musnah. Setelah kes ini dibawakan ke mahkamah dan dibicarakan, tiba-tiba pengawai yang terlibat menyatakan maaf disebabkan tangkapan pasangan ini tidak sah yakni mereka berdua tidak berada di satu tempat yang sama dalam masa yang sama. Dimana integriti kakitangan ini?Dia sepatutnya meletakkan jawatan, memohon maaf secara terbuka dan gambarnya disiarkan. Bagaimana sekiranya kes ini berlaku terhadap seorang gadis kampung yang tidak terkenal? Setelah gadis menanggung malu, orang yang memfitnahnya hanya memohon maaf tanpa ada sebarang hukuman ke atas individu yang memfitnhanya? Sepatutnya bagi mereka yang salah tangkap pasangan perlu dikenakan hukuman mengikut hukuman Islam yakni "memfitnah gadis melakukan zina". Jadi selepas ini, mereka yang terlibat di dalam sebarang operasi akan lebih berhati-hati dan tidak terus menceritakan kes tangkapan mereka tanpa melalui proses perbicaraan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment