Manusia akan dihukum oleh sejarah jika manusia tidak mengambil iktibar dari pengajaran lampau. Di saat kita sedang bersenang lenang dibawa arus kemajuan ketika ini, baiklah jika kita mengimbas kembali nasib perjuangan segelintir bangsa Melayu yang ditindas sejak ratusan tahun di tanah air mereka sendiri iaitu bangsa Melayu di Pattani. Kita perlu melihat sejarah ini dan membandingkan dengan nasib kita pada masa kini.
Pada tahun 1939, Kerajaan Thailand telah membuat satu dasar yang mengharamkan penggunaan Bahasa Melayu dan sekiranya mereka yang didapati melanggar peraturan ini akan didakwa. Peraturan ini menimbulkan rasa marah bangsa Melayu di Selatan Thailand. Mereka berpendapat bahawa arahan untuk menggunakan bahasa Thailand akan mematikan bahasa mereka. Bagi mereka melayu bukan sahaja bahasa pertuturan tetapi juga bangsa. Oleh itu, bila bahasa Melayu hilang atau tidak digunakan, maka jati diri mereka sebagai orang Melayu juga akan hilang. (sumber : Konflik Dunia Abad 20, hlm 378, Dewan Bahasa Dan Pustaka)
Pada tahun 2009, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan akan memansuhkan dasar pelaksanaan PPSMI iaitu dasar penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Namun, terdapat segelintir bangsa Melayu merasa kecewa dengan keputusan kerajaan ini.
Dahulu, terdapat manusia yang sanggup mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sehingga titisan darah terakhir kerana mereka berpendapat bahasa ini akan menyelamatkan jatidiri (keluarga,bangsa dan agama) mereka dari dipesongkan. Namun hari ini, ada pihak bersedih apabila ada manusia yang ingin menyelamatkan bahasanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment