Thursday, July 30, 2009

2009 dan 1939

Manusia akan dihukum oleh sejarah jika manusia tidak mengambil iktibar dari pengajaran lampau. Di saat kita sedang bersenang lenang dibawa arus kemajuan ketika ini, baiklah jika kita mengimbas kembali nasib perjuangan segelintir bangsa Melayu yang ditindas sejak ratusan tahun di tanah air mereka sendiri iaitu bangsa Melayu di Pattani. Kita perlu melihat sejarah ini dan membandingkan dengan nasib kita pada masa kini.

Pada tahun 1939, Kerajaan Thailand telah membuat satu dasar yang mengharamkan penggunaan Bahasa Melayu dan sekiranya mereka yang didapati melanggar peraturan ini akan didakwa. Peraturan ini menimbulkan rasa marah bangsa Melayu di Selatan Thailand. Mereka berpendapat bahawa arahan untuk menggunakan bahasa Thailand akan mematikan bahasa mereka. Bagi mereka melayu bukan sahaja bahasa pertuturan tetapi juga bangsa. Oleh itu, bila bahasa Melayu hilang atau tidak digunakan, maka jati diri mereka sebagai orang Melayu juga akan hilang. (sumber : Konflik Dunia Abad 20, hlm 378, Dewan Bahasa Dan Pustaka)

Pada tahun 2009, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan akan memansuhkan dasar pelaksanaan PPSMI iaitu dasar penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Namun, terdapat segelintir bangsa Melayu merasa kecewa dengan keputusan kerajaan ini.

Dahulu, terdapat manusia yang sanggup mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sehingga titisan darah terakhir kerana mereka berpendapat bahasa ini akan menyelamatkan jatidiri (keluarga,bangsa dan agama) mereka dari dipesongkan. Namun hari ini, ada pihak bersedih apabila ada manusia yang ingin menyelamatkan bahasanya.

Sunday, July 26, 2009

Integriti Kakitangan Jabatan Agama

Kakitangan jabatan agama Islam mempunyai tanggungjawab berat di dalam memastikan kesucian Agama Islam tetap terpelihara mengikut lunas-lunas yang benar. Semestinya tanggungjawab ini terletak di atas batu kepala setiap manusia yakni hamba Allah. Namun sebagai seorang kakitangan yang bekerja di dalam pengkhususan bidang agama, mereka lebih terikat dan bertanggungjawab disebabkan mereka dibayar gaji untuk pekerjaan ini.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes tangkap khalwat sepasang artis sehingga menyebabkan rumahtangga artis lelaki ini musnah. Setelah kes ini dibawakan ke mahkamah dan dibicarakan, tiba-tiba pengawai yang terlibat menyatakan maaf disebabkan tangkapan pasangan ini tidak sah yakni mereka berdua tidak berada di satu tempat yang sama dalam masa yang sama. Dimana integriti kakitangan ini?Dia sepatutnya meletakkan jawatan, memohon maaf secara terbuka dan gambarnya disiarkan. Bagaimana sekiranya kes ini berlaku terhadap seorang gadis kampung yang tidak terkenal? Setelah gadis menanggung malu, orang yang memfitnahnya hanya memohon maaf tanpa ada sebarang hukuman ke atas individu yang memfitnhanya? Sepatutnya bagi mereka yang salah tangkap pasangan perlu dikenakan hukuman mengikut hukuman Islam yakni "memfitnah gadis melakukan zina". Jadi selepas ini, mereka yang terlibat di dalam sebarang operasi akan lebih berhati-hati dan tidak terus menceritakan kes tangkapan mereka tanpa melalui proses perbicaraan terlebih dahulu.

Tuesday, July 14, 2009

Idea

Ada banyak idea yang ingin diluahkan di dalam blog ni. Namun tidak dapat dibuat buat sementara waktu disebabkan kesibukan dan lain-lain hal.hehe.

Antara idea yang ada di benak fikiran adalah seperti :-

1. Kritikan terhadap kakitangan-kakitangan atau golongan yang bekerja di bahagian yang melibatkan urusan Agama Islam. Mengambil contoh yang berlaku di dalam kes tangkap khalwat artis popular baru-baru ini.
2. Hikayat Hang Tuah. Pandangan peribadi aku terhadap karya hebat yang setanding karya Shakespere, karya Lord Of The Ring dan karya-karya lain yang sering diperkatakan seluruh dunia. Kehebatan Hikayat Hang Tuah tidak dihargai oleh ramai rakyat Malaysia sebagai satu karya asli yang ditulis oleh bangsa kita.

Wednesday, July 8, 2009

Perjuangan Bahasa Melayu

Hari ini telah diumumkan mengenai pemansuhan PPSMI. Hari ini juga menyedarkan bangsa Melayu dan bangsa Malaysia bahawa betapa pentingnya perjuangan mendaulatkan bahasa ini. Pemansuhan ini bukan bererti kemenangan terhadap pejuang-pejuang bahasa kebangsaan kita tetapi menunjukkan betapa bahasa kita berhadapan dengan ancaman dan setiap individu rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memperjuangkannya.

Thursday, July 2, 2009

Hikayat Hang Tuah

TIADA TANDINGANNYA!!!!
Nak tahu kena baca sendiri.