Thursday, October 8, 2009

Projek Akhir Sarjana Muda Wajib Menggunakan Bahasa Inggeris?

Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan bilangan institusi pengajian tinggi yang terdapat di dalam negara ini. Saban tahun bilangan universiti dan kolej akan meningkat demi memenuhi keperluan pendidikan bagi peringkat tinggi. Ini bermakna, penyelidikan dan kajian juga saban hari akan giat dijalankan dan meningkatkan lagi mutu bidang ilmu rakyat Malaysia.

Pada setiap tahun pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan diploma, sarjana muda dan sarjana perlu menyiapkan kertas kerja atau projek penyelidikan yang lebih dikenali sebagai 'thesis'. Dianggarkan lebih puluhan ribu projek penyelidikan akan disiapkan pada setiap tahun di Malaysia melibatkan setiap peringkat di bidang pengajian tinggi. Namun, kebelakangan ini terdapat trend daripada pihak universiti iaitu menambah syarat di dalam penyediaan projek penyelidikan dengan mewajibkan penggunaan bahasa inggeris projek penyelidikan pelajar. Langkah ini merupakan langkah tidak bijak yang dibuat tanpa membuat sebarang kajian yang mendalam mengenai kesannya.

1. Dengan mewajibkan bahasa inggeris sebagai bahasa utama di dalam penyediaan projek penyelidikan ia akan mengetepikan bahasa melayu sebagai bahasa utama yakni bahasa rasmi yang perlu digunakan di dalam sebarang peringkat pengajian.

2. Jika dahulu Malaysia akan menghasilkan puluhan ribu projek penyelidikan yang bertaraf antarabangsa di dalam bahasa melayu, kini Malaysia tidak akan menghasilkan projek penyelidikan di dalam bahasa Melayu. Puluhan ribu kepada sifar.

3. Pelajar-pelajar cemerlang di dalam bidang pengajian masing-masing yang tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik akan menghadapi masalah. Membantutkan kemajuan pelajar.

4. Dominasi bahasa inggeris di dalam setiap bidang. Bidang pekerjaan bahkan pendidikan rendah satu hari nanti akan terdesak menggunakan bahasa inggeris disebabkan keperluaan utama di peringkat pengajian tinggi.

No comments:

Post a Comment